Monday, November 08, 2004

belajar dari malaysia

saya kurang setuju pandangan arnold. jumlah etnik cina langsung bukan penyumbang utama kemajuan malaysia. Mungkin pada pandangan orang, etnik cina lebih rajin, pandai berniaga dll. sejarah malaysia telah menyebut bahawa orang-orang cina telah ditempatkan di bandar-bandar di malaysia oleh penjajah inggeris sedangkan orang melayu dibiarkan hidup bertani dan menjadi nelayan di kampung-kampung guna untuk membekalkan makanan kepada orang cina dan penjajah inggeris. kerana kelebihan tinggal dibandar itulah menyebabkan orang cina dilihat lebih maju dan terus dicap sebagai punca kemajuan.
padahal, hakikatnya tidak. ketika ini orang melayu di malaysia telah mampu menyaingi kemajuan orang-orang cina, sebagai contoh, negeri kelantan di pantai timur semenanjung malaysia merupakan negeri yang paling kurang etnik cina iaitu sekitar 3% saja berbanding jumlah seluruh cina di malaysia 27%. tapi negeri itu juga mampu maju dan lebih membanggakan, kesemua perusahan-perusahan besar dan toko-toko besar di negeri itu dimiliki orang-orang melayu.
Pada pak arnold, janganlah jadikan perbezaan etnik satu alasan. saya percaya orang indonesia yang serumpun dengan orang-orang melayu-malaysia juga mampu memajukan negara sendiri. sebenarnya ia bergantung kepada kebijakan diri sendiri. Ingatlah, orang-orang cina yang berada di seluruh nusantara ini telah berjaya menggunakan tipudaya mereka kerana jaringan antara kaum mereka yang kukuh. pada saya, sekiranya kita mengganggap orang cina itu maju, itu menunjukkan kita kurang maju. kita juga bolah seperti mereka.